Sunday, 30 April 2017

Bihun Sup Tumis Kegemaran Anak

Teks & Foto: Hifzaila Hafni

Anak saya, sesekali saya hidangkan mi, bihun atau kue tiau juga jika mereka jemu dengan nasi. Sebenarnya, boleh saja ibu pelbagaikan sumber karbohidrat anak, tidak terhad kepada nasi sahaja.

Pasta, kentang, keledek juga adalah sumber karbohidrat yang bagus.

Tempoh hari, saya sengaja tukar selera anak. Saya hidangkan bihun. Saya tanya si sulung, mahu yang sup atau digoreng. Katanya mahu bihun sup. Maka terhasillah bihun sup tumis yang ringkas yang tak perlukan banyak bahan pun.

Dan laju betul anak saya makan. Rasanya? Hampir saja macam bihun segera Pama hehe. Sedap lah maknanya kan.

Jangan risau tak banyak bahan. Anak kadang-kadang lagi selera dengan hidangan yang ringkas sahaja.

Ini resipinya, kalau ibu mahu cuba.

Bihun Sup Tumis untuk Anak

panduanpemakanananak.blogspot.my
Bihun sup tumis

Bahan-bahan:
2 keping bihun direndam dalam air sejuk
5-6 ulas bawang putih dihiris
Setengah cawan isi ayam
1 biji telur
Secubit garam
Sedikit serbuk lada hitam atau lada sulah

Cara masak:
1. Tumis bawang putih hingga wangi, masukkan isi ayam. Kacau hingga ayam masak.
2. Masukkan air, mengikut berapa banyak kuah yang kita mahu. Masukkan garam dan lada hitam.
3. Setelah mendidih, masukkan bihun. Gaul rata supaya bihun masak sekata.
4. Pecahkan telur dan kacau ringan. Tuang ke dalam bihun sup tadi. Kacau hingga telur masak.
5. Siap!

Mudah sajakan?

Kalau nak tambah sayuran, boleh masukkan lobak merah, kobis bunga atau cendawan. Ini hanyalah versi ringkas dan ekspres sahaja.

Selamat menjamu selera anak!

No comments:

Post a Comment