Monday, 22 May 2017

Resipi Nuget Homemade

Teks & Foto: Hifzaila Hafni

Melintas di Facebook, resipi nuget homemade oleh Tuan Khairul Hakimin. Makanya berniatlah nak cuba buat untuk anak-anak. Kalau tidak, memanjang beli yang segera tu.

Jadinya belilah sekeping dua filet ayam yang saiz besar dan serbuk roti. Ikutkan cara Tuan KHM, guna buttermilk tapi malangnya tak jumpa pula di Econsave hari tu. Nak buat sendiri boleh, ada susu kat rumah tapi bila cari lemon tak ada juga kat Econsave tu ha.

Maka, saya omit guna buttermilk. Guna bahan yang ada sahaja.

Ini cara saya buat. Memang senang dan cepat. Anak pun suka. Dan makanlah banyak mana pun, tak payah risau dengan sebarang perisa atau pengawet berlebihan.

Resipi Nuget Homemade



Bahan-bahan:
2 keping filet ayam
1/2 cawan tepung gandum
2 biji telur
1 cawan serbuk roti oren
Sedikit garam
Sedikit serbuk herba Itali

Cara masak:
- Isi ayam hiris macam saiz nuget segera. Tak payah cincang dan bentukkan.
- Perap dengan garam dan herba Itali.
- Siapkan satu bekas diisi tepung, satu bekas diisi telur yang dipukul, satu bekas lagi diisi serbuk roti. Susun semua bekas sebaris untuk mudahkan kerja.
- Ambik hirisan ayam, gaulkan dengan tepung, celup dalam telur, salut dengan serbuk roti.
- Dalam satu pinggan lain, susun ayam yang dah siap bersalut. Ulang sampai habis semua ayam disalut.
- Panaskan minyak. Kena pastikan betul panas ye.
- Masukkan ayam dah salut tu satu per satu. Goreng sampai agak garing dengan api sederhana.
- Dah nampak garing, boleh angkat. Tak perlu lama sangat sebab nanti hangit. Dan isi ayam kejap saja masak.
- Toskan. Siap dihidang. Cicah dengan sos.

Selamat mencuba!


No comments:

Post a Comment